Friday, March 27, 2009

Dear Diary!


salam ukuwah buat sahabat, teman dan taulan.... aku disini lagi... bersempena jumaat penghulu segala hari ini aku berasa syahdu lagi buat sekelian kalinya... aku rindu... aku sentiasa meletakkan arwah abah ku dalam tatapan mataku ini.... aku sangat mengharapkan hidayah buat abah x kan pernah berkurangan walau apa pun berlaku........ aku rindu abah.... sangat2 nih napa ek? Relaku pendamkan impian yang terpendam agar aku menjadi lebih kuat dan tabah dalam hidup ku ini... aku harap Ya Allah........

Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu, Ameen

Haji Abu Bakar Bin Haji Sahup .... abah sentiasa dalam ingatan adik...... rindu buat abah..... "Ya Allah kau dengarlah rintihanku ini Ya Allah... kuharapkan segala yang terbaik buat abahku ini... kerana dialah yang telah mengajar dan mendidikku hingga aku menjadi hambamu yang tidak pernah menduakan mu.... Ya Allah sesungguhnya abahku ini telah melaksanakan tanggungjawabnya ke atasku dengan sebaik2 bimbingan ke atasku dalam usaha ku mengenal dirimu Ya Allah.... Ya Allah laksanakanlah janjimu ke atas abahku ini seperti apa yang kau janjikan syurga kepada hambamu yang memuliakanmu.... rahmati abahku ini Ya Allah... aku rindu dan sayangi abahku ini... dan aku harap kau muliakan kedatangan abahku ini dengan semulia2 manusia dan sayangilah dia seperti mana aku menyayangi abahku ini... bahagiakan lah abahku ini Ya Allah... aku mohon, aku pinta dan aku harapkan ikhsanmu keatas abahku ini... aminnnn Ya Allah, aminnnnnn Ya Rahman, aminnnnnn Ya Rahim...... aminnn Ya Rabbal Alaminnnn"

kurindu umiku.... susah sangat nak menghubungi umi.... erhmmm aku sebagai anak kena fahami ibu ku yang sentiasa sibuk bagi menyiapkan bekalan dirinya agar menjadi ibu yang memiliki sifat terpuji dan menjadi contoh kepada anak2nya dalam menjadi hamba Allah yang takut dan sayang dengan pencipta-Nya... kami masih lagi belum bersedia ke arah yang lebih baik tetapi kami sedang berusaha ke arah itu insyaallah... dengan beban tanggungjawab yang sedia terpikul di bahu kami redha dengan apa yang termampu tapi walau x perfect, kami berusaha juga untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya... insyaallah... umi... ku harapkan agar umi selamat pergi dan balik dari mengerjakan umrah.... anakmu ini tiada kesempatan bagi megiringi pemergian umi kesana... tapi doa sentiasa mengiringi umi di sana insyaallah.... insyaallah juga adik akan menanti umi balik dari umrah... semoga umi selamat pergi dan juga selamat kembali ke tanah air dengan selamat dan tanpa halangan dapat mengerjakan ibadat dengan tenang hati dan khusyuk... insyaallah... i miss you so much! sayang umiiiii


Memulakan langkah memang perit…. Bertatih, jatuh dan bangun semula……….

Kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan… terasa diri kembara sendirian……..

Ku impikan syurga idaman.... sedangkan diri x tahan dan tegar dengan ujian........

Kerdilnya aku di sisi tuhan...... bila dihitung keringat yang berguguran........ titsan air mata kecewa........... rupanya masih ada sedikit cinta dan kasih ini dipadu......... mekar dalam jambangan setia pada perjuangan islam.........

ini salah satu khilafku......... aku sering mengimpikan sesuatu namun sebagai hamba Allah yang selalu melakukan dosa, kita hanya mampu merancang sedangkan Allah telah tentukan yang terbaik buat diri kita... mungkin Allah x makbulkan doa atau sebagainya kerana Allah jauh lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini... aku redha dan jauh sekali untuk pasrah... aku usaha kan bagi sesuatu perkara sebelum aku benar2 redha dengan ujian itu... iya, aku berusaha...

aku sentiasa mengingati tuhanku, hanya dia yang satu untuk ku sembah tiada dua atau tiganya... aku mahu menjadi hambanya yang taat dan setia dengan perintahnya... ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan sehingga ku terlupa dan terleka dengan segala nikmatmu yang melimpah di depan mata... subhanallah......... aku insan yang hina Ya Allah...


insyaallah akan aku perkemaskan hidupku sebagai hambamu yang bersyukur tanpa keluhan dan juga akan ku didik diriku jasad dan rohaniku ini agar sentiasa tunduk dengan tuhanku yang telah menciptakan diriku ini... insyaallah

janji Allah itu pasti.... aku mahukan syurga yang pasti bukan syurga dunia yang tidak pasti ini... aku tidak mahu hanyut dengan daki dunia ini... aku takut menjadi manusia yang kufur Ya Allah.. aku takut menjadi manusia yang hilang pegangan... bimbingilah aku Ya Allah agar aku tidak jauh menyimpang dari landasan kebenaran... jangan kau terlepas pandang diriku ini Ya Allah... sesungguhnya aku tiada apa tanpa cintamu aku harapkan cintamu dan keredhaan-Mu Ya Allah...


ku sujud kepada mu Ya Allah.... makbulkanlah segala permintaan, doa, harapan, impian, cita-cita, khayalanku menjadi kenyataan.... Aminnnnnnnn

insyaallah... "sesungguhnya org yang ari semalam nya adalah lebih baik dari hari ini, merupakan org yang celaka"... erhmmm aku x mau jadi mcm tu... akan aku usahakan menjadi lebih baik walaupun untuk di bezakan dari semalamku...



ku mencari sahabat, bukan teman, bukan kawan, bukan rakan.... aku mencari sahabat! aku mendambakan sahabat yang boleh aku kongsi suka dan duka ku ..... aku mahukan sahabat yang dapat aku rakamkan segala perkara berkaitan hidupku dalam segala spek selain dari keluarga... tapi apa yang aku jumpa selama ini? hanya teman? hanya rakan? hanya kawan? adakah aku kurang ikhlas dalam menzahirkan dir menjadi sahabat yang baik? aku x pasti tentang itu... tapi aku sedar aku bukan manusia perfect yang di ciptakan Allah seperti malaikat... hidupku berwarna dengan pelbagai warna yang kadangnya ceria, muram, kusam, terang dan sebagainya...

aku bukan wonder woman yang perfect dalam segala hal.... aku hanya manusia biasa... bukan juga mujahidah sejati yang sentiasa menjadi pedang islam... tapi aku pasti tentang hidup dan matiku sebagai islam.... insyaallah..



akan aku pelihara diri ini dari membatasi syariat yang telah di tetapkan....... aku ingin menjadi 'permata yang dicari' seperti spect yang dialunkan oleh Dehearty... insyaallah... aku akan cuba menjadi muslimah sejati seperti yang di describe kan as a muslimah... :)

sesungguhnya aku kalah lagi.... aku hanyut dengan kenangan silam dengannya... seringkali hati bertanya kenapa dia pergi dulu? seblum sempat aku melayari kehidupanku dengan sempurna sebagai wanita dia pergi dan x kembali... sedang asyik menyulam rasa tiba2 dia hilang entah kemana... aku tewas lagi bila hati ini kerap bertanya adakah dia memangnya jodohku yang telah Allah ambil kembali bagi menghiasi fana ini? dialah pertama dan adakah dia juga yang terakhir? aku bersedia jika berseorangan jika ini merupakan qada' dan qadar ku... aku pasrah bila soal jodoh... isk malu sebenarnya menyatakan soal ini... tapi x pa lah biar semua nya terlahir di sini..... dan insyaallah biar ianya juga berakhir di sini juga... aku harap Ya Allah... tp aku harap sebenarnya dia bukan yang terakhir.. tp kenangan dengan dia xkan pernah luput... kenangan dengan kebaikannya yang sentiasa ada untuk di jadikan kenangan yang terindah buatku... insyaallah..........


aku percaya sepenuh nya dari surah an-nur ayat 26 ini, aku sangat mempercayainya dan berpegang pada kalam Allah ini. aku percaya sesungguhnya tiada yang mustahil dalam sifat Allah itu terutamanya kalamnya... aku berharap Ya Allah andai ada jodohku kelak agar aku mendapat suami yang soleh yang dapat kujadikan sandaran dan tempat bergantung dalam melayari kehidupanku bagi menjadi muslimah harapan islam... insyaallah... itu doaku...

rasanya dah terlampau banyak nukilanku dalam blog kali ini.... my dear diaries mungkin perlukan ruang juga untuk berehat dari mendengar nukilan hatiku ini yang x pernah surut dengan persoalan dan juga harapan yang x tentu hala tujunya.... there's a hope and i hope there's also a way for success... just plan... kata2 hikmah dulu2... if you fail to plan, you plan to fail... aku setuju sangat... hidup tanpa hala tuju nih umpama hidup tanpa pegangan.. no goals..

Sekian dari aku.... Assalamualaikum wbt...
jumpa lagi insyaallah...

Dear Diary!

Assalamualaikum wbt.


Erhmmm ari nih x tau nak habaq apa... hehehe yang pasti aku bosan maaaaaa.... adik2 junior nih ade wat entrepenuer race... ades lah aiii kanak2 nih nak masak tp cara x berapa betul... hehehe ade skit ilmu kita share2 yer dik? entah jd entahkan tidak.... tok guru pon kurang experience main hentam saja.... canteq! erhmmm semalam aku explore laptop zaman batu aku nih.... aisey... roper2nya banyak lagi bahan khazanah aku yang masih tersimpan dalam nih... tu sebab aku sayanggggggggg laptop aku nih walau dah lama sungguh dah pakainya... walau performance nya udah agak mundur........ tp aku sayangggggggggg die! muahhhhh


inilah gerangan nya laptop kesayanganku ini.... gambar nih pon lama dah amiknya pon... hehehe sayang banget sama ini laptop... :-*

aku terasa nak share gambar2 best hasil 'explorasi' aku semalam.... hehehe best gak tau...

ini masjid quba'... pasal info sapa mau carik la sendiri k.... hehehe dunia di hujung jariii kan? ;)


hah wonderful places to go.... i wonder if i can be here to see it by my own eyes... i really hope i do
Masjid di Brunei... specific place i'm not really sure... be my pleasure if anybody wanna tell me the info.... tq... :D


kalau atas td kita tengok this mosque in the dark with lighten of lights... now it is in bright... maybe this picture had been taken on afternoon or evening... more specific maybe before or after zohor or be'4' or after asar... hehehe tanya lah juru foto nya ya... hehehe... tp cantik kan?

ini masjid kat brunei gak nih... sangat cantik pemandangan siang malas nak upload... xukup lah pemandangan di waktu senja... mmg rasa macam nak p ja noooo..

blue mosque.... not really sure where it is... tp cantik la...

kalau nak ikotkan lah sekarang nih banyak masjid cantik dan juga besar2 tapi aku teringin nak tanya, target and objective sebenar masjid nih dibina tercapai x? aku harap sangat rakyat Malaysia termasuk lah aku sendiri.... prihatin atas dasar apa pembinaan masjid yang ada.... kalau la ade org yg leh jawab kenapa masjid kristal dibina dan tercapai x objective nya... ingin aku tanyakan... TERINGIN sangat2.... aku tgk masjid kristal tu x ubah seperti tempat pelancongan sedangkan nak tgk jemaah solat amat payah.... ade x solat jumaat di sana? ade ker azan di laungkan, solat 5 waktu yang wajib, solat sunat yang sering di adakan di madrasah2 kecil dan juga pembelajaran hukum hakam berjalan di masjid kristal? ker mmg objektif pembinaan adalah semata2 untuk gah di mata dunia? wallahu aku x tau... kalau la ade yang tau... meh lah share info dengan aku.... aku cuma nak tau jer.... :)

Thursday, March 26, 2009

Sweet Momento......... Dear Diary!

Assalamualaikum wbt,

sat lg kol 4 ade kelas secreatarial & corporate governance... pendekkan keles s/u... aku soker kelas nih lagi plak dengan kelas yg agak happening dengan semua bende carik sendiri... walau letih tapi aku happy dengan semua environment nya... hehehe... lect aku dr nashitoh agak "slow" tp ok lah... because of what aku pay attention sgt dalam kelas nih? sebabbbb its apart of my dream... hehehe...

kat blog adik aku die tunjuk kan keindahan pulau melaka punya masjid... tp lain masa, d lain hari dan paling pentingnya adik aku amik cuaca yang lain... ini version aku plak... gambar nih lama dah masa tuh aku amik time p konvo kat melaka... x lama lagi konvo kat kedah plak.... hehehe gambo dgn umi lagi... ma jgn jeles ya.... hehehe

erhmmm dgn umi.... :)


info tp skit sengal by the author at syok.org

- Pengetahuan Am -

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.


2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

Dear Diary!

Ape ada pada WANITA???? Sedarlah wahai sahabat..

"Ketika wanita diciptakan, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Diciptakan
bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Diberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Diberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Diberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, diberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan bingkisan ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana...

Setiap Wanita itu Cantik....

*p/s x tau nak komen apa.... tp korg baca then nilaikan lah sendiri.... aku bangga menjadi wanita... wanita solehah tentunya.... aku ingin hijrah... hijrah yang membawa kebaikan kepadaku dan juga semua yang berada di sekelilingku... aku harap, aku berdoa, aku memohon dan meminta pada-Mu Ya Allah.......... bantulah hambamu ini..... aminnnnnn

20 things dat gals wants guys to know!!

1. We love when u cuddle with us

2. A kiss on the cheek is a deffinite yes

3. We want u to put ur arm around us at the movies

4. We don't care if u are the strongest guy in the world

5. Size doesn't matter so don't tell us

6. We don't always look our best so get over it

7. We shouldn't have to plan everything

8. We are always ready to talk so call us

9. We are not perfect so deal with it

10. We love surprises

11. The little thing u do mean the most

12 . We are not always giny girls

13. We can like boy stuff too

14. Cursing & fighting don't impress us

15. Don't be mean to us to get our attention

16. Don't tell us who is hot because we don't care

17. We can tell when ur not listening so listen up

18. When u saw we are cold that's our invitation to come closer

19. Hugs mean more sometimes

20. We need ur advice sometimes so don't be afraid to give it to us

i don't really agree with a few things up there (20 things that gurl want).... but when there is "ikatan" married...... when there's "halal" to touch n so on.... i love it happen kot... hehehe gatai la noooo... hik hik hik tp itu lah realitinya kehidupan sebagai wanita.... ingin sentiasa di sayangi even ur so cooled hearted... itu pandangan luaran jer .... semua wanita tu sifatnya lemah berbanding lelaki secara fizikalnya... mentaliti kami tinggi dan juga spiritual kami sangat tinggi... siapa yang kita perlukan di saat hendak meghadapi exam? ibu... siapa kita minta belai kepa kita ketika hendak menenangkan kesusahan kita? ibu..... siapa yang sentiasa ada untuk mendoakan kita dalam apa jua keadaan? ibu.... siapa yang sanggup bermati2an memenangkan kita dan meyatakan kita baik orangnya walau tahu kita membunuh sekalipun? ibu.......... siapa ibu? seorang wanita yang di lihat lemah.... itu lah wanita
.... hargailah wanita itu dengan sebaik2nya.... kerana siapalah kita tanpa wanita.... "To umi : i love you from deep inside my heart, even i'm not show you my love directly like others by materials.... but i do love you, with all of my heart, i got nothing in this world other than you... i'm not love anybody except you and cikma butet (dear sister), my love can't be measured by anything... trust on me.... my love till the end of life... my love till the heaven........ i love you umi ......... trully love you..."


Remember... love is everything's women's need.... love

Monday, March 23, 2009

Dear Diary!

Assalamualaikum wbt,

aku lagi... dalam sehari nih ... ini ke empat aku hantar untuk blog aku nih... tapi aku perlu lahir kan apa harapan ku buat kali ini... aku berharap, aku mohon, aku doa agar diri aku mempunyai sifat muslimah sejati yang di berkati Allah swt... insyaallah....... ada dalam lirik2 lagu yg sentiasa menemani aku dan akan aku lampirkan sebentar lagi... kita lihat dan fahami lah sama2 k... itu harapan aku... lagu2 ini lah harapanku dalam kehidupan ini... insyaallah semuanya jadi kenyataan dengan izin tuhanku.... Aminnnnnnn

Atas Nama Cinta - UNIC

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Permata Yang Dicari - De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Wanita - De Hearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Hanya Tuhan Yang Tahu - U.N.I.C

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih


Insan Bernama Kekasih - UNIC

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

Kekasih - Devotees

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Dear Diary!

salam~ erhmmm ari nih aku nak ceritakan tentang aku skit... aper feel aku dapat dilahirkan melaui lirik lagu ni mungkin....

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata


Terasing -SUDIRMAN

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Setanggi Syurga- In-Team


Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

Destinasi Cinta-Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

aku x tau aper nak habaq... tp yg pasti tatkala nih aku selalu mengingati ke arah tuh... aku x tau napa... tp yg pasti aku selalu fikir kan nya... adakah aku sedia? jawapan nya semestinya aku belom bersedia... Ya Allah bantulah diri ku ini... aku insan hina yang sentiasa melakukan dosa... aku gagal Ya Allah menjadi hambamu yang taat... aku gagal!!!!





My day....

Assalamualaikum wbt

erhmmm terasa ingin nak perkenalkan insan di sekelilingku... ini antara kami... diskusi dan juga perbalahan kadangkala berlaku ... tetapi biasanya semua yang bermula dengan musyawarah kan berakhir dengan kebaikan dan kata sepakat yang lebih baik mahupun kebiasaannya akan ade idealogi yang pastinya membawa manfaat kepada semua ahli dan juga orang yang di keliling kita insyaallah....


love this picture because it's take a minute to solve the problem.... mek, my dear ex roomate on sem one here.. selalu berbalah dengan die for the very simple thing but right now she's one of criticism yang mendorong aku... thanks mek... ko mmg world lah dalam membuat ati kak mai huru hara ... hahaha anyway ko mmg pendorong yang baik... sayang jugak kat ko nih sebenornya... :D

buat Pia, Safiah Mohd Yusof ... dik... kak mai really appreciated atas kehadiranmu... cute, steady, fun, enjoyable n really helpful... x tau mcm ner nak mention lagi tp kak mai perlukan semua org di sekeliling kak mai mcm korg.... penguat semangat ketika kejatuhan selain support dr family yang jauh..... :)


Diriku dan mek... capek deh!!! kami sama hijau tau ari tuh... ari yg sangat melelahkan... but i got experience on facing those people yang tidak pandai appreciate org lain... senang ceritanya syok sendiri punya orang... hahaha :D

ini lah gambar kami... `geng' degil ... kiah.. xsangka bisa ko keluar masa ko betul2 dah nak abes yer? world lah ko! ahaksz.. menangis pengerusi ko kerjakan di sem akhir ya? tp aper pun aku mmg sokong ko jugak... :D


kiah & aku.... die nih kawan yang bagus n x pernah amik ati... tp aku selalu gak nyakitkan ati die.. dak terengganu yg agak ke kl hehehe ampun yer kawan...

hahaha ini pon antara yang degil gak... time nih baik lg.. aku as a ketua fasilitator... kak riha (kanan skali).. selamat pengantin baru yer kak... zila kiri skali ko napa lah pilih mamat negro jadi boyfriend? adus lah rosak keturunan ko nanti zila.... huhuhu

pia nih dah jadi mcm Personal Assistent aku secara x rasmi lak tau kat uum nih... die nih mmg baik lah... klu aku ade adik lelaki... mmg die nih calon yang paling baik... soft n paling aku suka pia nih, fikiran die matang n berfikir bnyk kali sblm interrupt atau bertindak... x pernah menyakitkan ati cuma die agak liat ke hospital bila sakit... itu jer yg wat aku sakit ati skit kat pia nih ;) .. what ever pon die memang cute n nice girl... aku jamin siapa dapat die mmg bertuah.

ok lah sampai sini jer kot? hehehe ini lah banyak kisah aku kat uum nih... anyway aku harap sgt kebahagiaan ciptaan aku di UUM nih x kan berakhir dengan kedukaan... aku hampir dengan pengakhiran aku di sini... aku akan menuju kerjaya yang menanti diriku... aku harap aku akan success dengan cemerlang dengan kehidupan ku.... Aminnnnnnnnnnn

Diri ku?


Assalamualaikum wbt

salam ukhuwah fillah buat kalian sahabat handai yang di hormati..... siapa diri ku? aku hanya hamba Allah swt yang sentiasa melakukan kesilapan dan sering mengharapkan ikhsan tuhanku yang satu agar diri ku ini sentiasa mendapat keredhaan-Nya..... aku sering alpa dengan kehidupanku... aku sering terleka dengan kesenanganku.... aku sering terbuai dengan mimpi kosong yang tiada sempadan dalam menangani kesepianku..... tapi aku tidak pernah lupa tentang siapa tuhanku.... Allah yang satu..... apa keinginan ku? apa hajatku? apa doaku? apa impianku? apa khayalanku? apa mimpiku? apa permintaanku? aku harap tuhanku kabulkan apa yang terbaik utk ku...

Aminnnnnnnnnnnnn ya Allah.. Aminnnnnnn ya Rahman.... Amin ya Rahim